JANGAN BERSEDIH..HAPPY SELALU..TINGGALKAN KEPEDIHAN DI BELAKANG..
Apa harus direnung-renung apabila orang marahkan kita? Tentu hati asyik bersedih mengingat kata-kata yang terbit dari bibir mereka. Tapi semua itu tidak akan menjadi kudis jika kita matang dalam menerima kritikan,maki,caci atau kutukan sekali pun. Bersabarlah dan redha atas segala yang telah berlaku. Bak kata pepatah, "Biar pahit ku telan jua". Ahak. ye la..cakap memang senangkan? Cuba kena pada diri sendiri. Ha! Baru kau tau...
Ya..betul tu..tapi apalah guna tembak balik? Tak rugikan kita menerima nasihat ala motivasi gitu. Apatah lagi memang ada kebaikkan yang akan kita dapat disamping mematangkan diri sendiri. Bukankah diri sendiri juga yang menjadi bertambah baik. Penyabar, tenang dan semestinya happy...sentiasa. Monologku malam ni sambil menongkat kelopak mataku dengan batang pen. Uhuk! Selamat malam..
Saturday, 14 April 2012
Bank Emas: Keburukan Membeli Jongkong Emas di Kedai Emas
Bank Emas: Keburukan Membeli Jongkong Emas di Kedai Emas: Salam..Artikel ini di ekstrak as a whole daripada blog Jutawan Emas, Sifu Syukor bin Hashim, merangkap Head of Research untuk Public Gold. ...
Friday, 13 April 2012
Wednesday, 11 April 2012
AKU RINTIHKAN
Pedih! Pedih sangat! Hatiku terasa disayat-sayat dengan pisau yang baru diasah. Aku mohon pada-Mu ya Allah, 'Tolonglah berikan aku kekuatan dalam menghadapi ujian ini. Kalau tidak kerana suamiku, hmmm...dah lama aku tinggalkan rumah ini. Aku cuma manusia biasa. Ada hati dan perasaan. Ceh! Aku ni mengadu kepada siapa sebenarnya? Kepada-Mu Tuhan atau aku hanya merapu minta perhatian sesiapa? Huh! Tersedar dari hanyut melayan perasaanku. Syukurlah aku masih boleh mengawal perasaanku. Terima kasih Tuhan kerana telah menyedarkan aku dek kelalaian melayan perasaan pedihku tadi. Aku sedar aku hanya manusia biasa yang mudah terikut-ikut hasutan syaitan sungguh pun aku merasa aku di pihak yang benar. Tapi lebih baik aku mengalah kerana mengalah pun tak semestinya kalah. Hahahahaha. Sungguh senja begini aku betul-betul melayan emosiku. Tapi tak mengapalah..aku ada Tuhan tempatku mengadu walaupun aku tak tahu sampai bila aku masih boleh bertahan. Demi-Mu ya Allah...jadikan aku termasuk dalam golongan hamba-Mu yang Penyabar. Amin Ya Rabbal Alamin.
AKU MAHUKAN TEMAN...
"....bercakap tentang poligami mestilah didahulukan dengan bercakap tentang iman. Sekurang-kurangnya bila seseorang itu sudah menjadikan cita-cita hidupnya untuk beriman dan bertaqwa."
Malam ni aku asyik berfikir dan merenung diriku sendiri.... betapa aku inginkan seorang teman yang boleh berkongsi kasih sayang dengan suamiku. Hmmm...aku agak-agak la, mesti anda akan tertanya-tanya andai monolog ku ni di dengari. Kenapa la agaknya aku berfikiran begini kan?
Akhir-akhir ini ku lihat suamiku muncung je macam mulut ikan tongkol je lagaknya. Entah apa yang mengganggu benak fikirannya hingga terzahir di raut wajah dan tingkah lakunya...
Aku ingin tahu apa virus yang menjangkiti dirinya hingga isterinya yang montel dan comel(perasan) ini pun dah tak ternampak olehnya. Senyum pun dah jarang.. hai..mengeluh aku dalam hati.
Sesungguhnya aku tak suka melihatnya terus-terusan muncung begini. Aku risau nanti mulutnya yang handsome tu akan bertukar jadi muncung Donald Duck pula. Aduh!!!!!!!!!! Haru!!!!!
Mungkin dengan hadiah misteriku ini nantinya akan mengembalikan ceria wajahnya semula. Mungkinkah???????

Tuesday, 10 April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)