JANGAN BERSEDIH..HAPPY SELALU..TINGGALKAN KEPEDIHAN DI BELAKANG..

Apa harus direnung-renung apabila orang marahkan kita? Tentu hati asyik bersedih mengingat kata-kata yang terbit dari bibir mereka. Tapi semua itu tidak akan menjadi kudis jika kita matang dalam menerima kritikan,maki,caci atau kutukan sekali pun. Bersabarlah dan redha atas segala yang telah berlaku. Bak kata pepatah, "Biar pahit ku telan jua". Ahak. ye la..cakap memang senangkan? Cuba kena pada diri sendiri. Ha! Baru kau tau... Ya..betul tu..tapi apalah guna tembak balik? Tak rugikan kita menerima nasihat ala motivasi gitu. Apatah lagi memang ada kebaikkan yang akan kita dapat disamping mematangkan diri sendiri. Bukankah diri sendiri juga yang menjadi bertambah baik. Penyabar, tenang dan semestinya happy...sentiasa. Monologku malam ni sambil menongkat kelopak mataku dengan batang pen. Uhuk! Selamat malam..

Wednesday, 10 April 2013

PENERANGAN ANESTESIA

   Hari ni aku tepati jadual untuk bertemu dengan pakar anestetic. Pakar bius la baru faham kan. Ni nak kongsi sikit tentang Anestesia atau pun perkataan senang faham iaitu Bius la. Hehehe.
   Ada dua jenis bius ni. Pembiusan Umum dan Pembiusan Setempat. Tapi doktor pakar ni dah bagitau awal-awal lagi yang aku kena Bius Tidur. Nahh... tadi kata Bius Umum dan Bius Setempat je. Tak da pun bagitau ada Bius Tidur. Hmm..sebenarnya aku pun konfius. Hehehe. Tapi dari keterangan doktor tu, Bius Tidur ni adalah keadaaan di mana patient tak sedar apa pun. Tu pasal la namanya Bius Tidur. Adeh. Tidur la nampak gayanya aku nanti. Awalnya aku membantah.
"Laaaa..kenapa pulak kena tidur? Separuh sedar tak boleh ke?" kataku sambil menganga.
Gelak dengan tingkahku doktor tu menjawab. "Ho laaa...pasalnya operation mungkin makan masa yang lama. Kalau sebelah tiub mungkin makan masa satu jam, maka kedua belah tiub akan mengambil masa dua jam atau lebih. Jadi semasa operation mata akan kering disebabkan tidak berkelip dan kurangnya cairan. Jadi situasi ni akan menyebabkan kesakitan pada mata dan mungkin akan perlukan rawatan susulan."
Nah..berjela doktor tu menjawab. Siap dengan sebab musabab lagi. Tapi memang aku berpuas hati la dengan info yang diberi. Maka berangan la aku dengan keadaan operation ku nanti. Tak boleh la aku tau apa yang sedang berlaku semasa operation nanti. "Alahai!" keluhku.
   Sekarang aku nak kongsi sikit info tentang bius ni.

Pembiusan Umum/Am :

Bius ini menyebabkan patient tidak sedar sebelum operation bermula. Dengan itu patient tidak akan merasa sakit malah tak akan meyedari apa yang berlaku semasa operation. Ubat bius akan dimasukkan ke dalam salur darah dan/atau melalui gas bius yang disedut dari mesin bius. Yang aku tak gemar ni apabila salur atau tiub pernafasan akan dimasukkan ke dalam mulut atau hidung untuk membantu patient bernafas dengan mesin. Alahai...

Pembiusan Setempat :

Penggunaan bius setempat ni adalah untuk melalikan bahagian badan yang akan dibedah sahaja. Patient sedar tetepi tidak merasa sakit atau apa apa pun. Ubat bius ini dicampurkan dengan ubat narkotik kerana dos ubat bius yang tidak kuat.

Risiko Pembiusan Umum/Am :

Biasa terjadi:

  • Lebam di tempat suntikan atau tiub aliran darah dipasang
  • Loya atau muntah
  • Sakit tekak disebabkan tiub pernafasan di mana gas bius dimasukkan melalui mulut. Ini juga akan menyebabkan kesukaran untuk bercakap. Tetapi keadaan ini hanya sementara malah akan pulih selepas beberapa jam.
  • Kesakitan otot yang sementara
  • Sakit kepala dan kabur penglihatan


Mungkin tapi jarang terjadi(kalau terjadi situasi dianggap serius) :

  • Patient sedar aktiviti operation malah mendengar 
  • Luka di mata menyebabkan kesakitan dan memerlukan rawatan
  • Kecederaan gigi, gusi, bibir dan lidah


Sangat Jarang Berlaku Tetapi Mungkin Boleh Menyebabkan Kerosakkan Otak Malah Kematian :

  • Kesukaran bernafas akibat saluran pernafasan tersumbat
  • Alahan ubat menyebabkan sesak nafas dan ruam malah kadangkala bengkak teruk, tekan darah turun dan peredaran darah menjadi lemah
  • Otot yang sensitif terhadap ubat bius(Malignant Hyperthemia). Menyebabkan suhu bada, degupan jantung dan kadar pernafasan naik mendadak dan otot menjadi kejang.
  • Serangan Jantung, angin Ahmar dan jangkitan paru-paru. Jarang berlaku tetapi risikonya lebih tinggi sekiranya patient berpenyakit salur darah atau paru-paru dan penghisap rokok.


Risiko Pembiusan Setempat :

Biasa Terjadi :

  • Lemah otot di bahagian badan dibius. Kesukaran kencing mungkin dialami sekiranya pembiusan melibatkan bahagian bawah abdomen. Patient akan memerlukan tiub saluran kencing buat sementara waktu.
  • Sakit kepala yang mungkin akan berlarutan selama beberapa jam malah boleh berterusan selama beberapa hari.


Mungkin Tapi Jarang :

  • Salur darah dan organ berdekatan seperti paru-paru mungkin rosak
  • Pembiusan 'Spinal' atau 'Epidural' menyebabkan sakit belakang. Ianya akan pulih sendiri tapi mungkin juga akan berlarutan dalam masa agak lama.
  • Jangkitan kuman atau pendarahan di tempat suntikan malah memerlukan rawatan Antibiotik atau operation.


Sangat Jarang Tetepi Mungkin Berlaku(Menyebabkan Kerosakkan Otak dan Kematian) :

  • Kerosakkan urat saraf mengakibatkan lemah anggota badan, sakit, gangguan sensasi atau lumpuh untuk masa yang berpanjangan.




     Setelah selesai doktor pakar menerangkan tentang bius dan risiko-risikonya. Fahamlah aku yang aku akan dibius umum/am yang dimaksudkannya Bius Tidur tadi. Aduhai..seram panas sejuk tubuh badanku jadinya. Namun aku tetap terima apa yang bakal kulalui nanti demi sebuah pengharapan ke arah corak penghidupan yang lebih baik untukku dan suamiku. InsyaAllah kupohon Allah sentiasa melindungiku malah menjayakan operation Reverse Tubal Ligation pada 19 April 2013 ini.
     
     http://drzubaidi.com/blog/?p=2070
     http://www.tubalreversalusa.com/html/faqs.html