JANGAN BERSEDIH..HAPPY SELALU..TINGGALKAN KEPEDIHAN DI BELAKANG..
Apa harus direnung-renung apabila orang marahkan kita? Tentu hati asyik bersedih mengingat kata-kata yang terbit dari bibir mereka. Tapi semua itu tidak akan menjadi kudis jika kita matang dalam menerima kritikan,maki,caci atau kutukan sekali pun. Bersabarlah dan redha atas segala yang telah berlaku. Bak kata pepatah, "Biar pahit ku telan jua". Ahak. ye la..cakap memang senangkan? Cuba kena pada diri sendiri. Ha! Baru kau tau...
Ya..betul tu..tapi apalah guna tembak balik? Tak rugikan kita menerima nasihat ala motivasi gitu. Apatah lagi memang ada kebaikkan yang akan kita dapat disamping mematangkan diri sendiri. Bukankah diri sendiri juga yang menjadi bertambah baik. Penyabar, tenang dan semestinya happy...sentiasa. Monologku malam ni sambil menongkat kelopak mataku dengan batang pen. Uhuk! Selamat malam..
Wednesday, 25 July 2012
COP BAJU SILK SKRIN: MENERIMA TEMPAHAN COP BAJU
COP BAJU SILK SKRIN: MENERIMA TEMPAHAN COP BAJU: Assalaamu'alaikum w.b.t dan Selamat datang ke blog COP BAJU 2U ... Saya sedia menerima tempahan cop baju dengan menggunakan teknik silk skr...
Monday, 23 July 2012
JERNIHKAN AIR YANG KERUH
Seronok bersembang dengan kakak-kakak ahli kumpulan dan pusat Az-Zahra Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Muadzam Shah semalam, tiba-tiba azna dicuit seorang kakak yang azna kenal rupa parasnya(cewah! berbunga bahasa la plak). Terus duduk di sebelah azna. "Na..banyak tak tempahan jahitan? Sibuk tak? Akak nak minta tolong ni." Tanya kak Arni yang azna kagum dengan rupa parasnya yang cun cute gitu. Azna kalau bab orang minta tolong ni memang suka sangat la..abah dan tok guru pun selalu mengingatkan, "Tunaikan hajat orang, insya Allah dapat kasih sayang Tuhan. Yang paling penting Allah akan balas dengan tunaikan hajat kita jugak."
Sembang-sembang rupanya kak Arni minta tolong tunjukkan cara nk potong scallop langsir. Ada tempahan katanya. Wah! Baguslah..azna bukannya pandai sangat bab langsir ni tapi akal menjahit ni taulah sikit-sikit nak wat. Hehe. Azna sengeh dulu. Bukan apa..mengingatkan jahitan yang masih tak boleh lepas dari pandangan mata ni. Kena lak gi mengajar wat langsir. Hmmmm....insya Allah kataku.
.
Balik dari mesyuarat pusat Amanah Ikhtiar..azna kol hubby bertanya pendapatnya sekaligus minta izin untuk keluar rumah untuk tunaikan hajat kak Arni tadi. Bila diceritakan padanya baru la azna tau rupanya hubby dan suami kak Arni ni tak bertegur sapa dah sekian lama. Bincang-bincang hubby kata.."Kalau ada kebaikkan, teruskanlah.(dalam hatiku rasa lega). Alhamdulillah hubby tak larang azna buat kebaikkan lagi-lagi setelah azna nyatakan yang tak semestinya bila suami-suaminya tak bertegur sapa maka kami yang isteri-isteri pun sama tak bertegur. Lagipun isterinya dah kenal azna isteri musuh(rasa ekstrim la plak bila taip musuh ni) suaminya.
Azna rasa lapang hati ni kerana boleh tunaikan hajat kak Arni tadi plus mungkin dengan ni akan merapatkan silaturrahim yang selama ini renggang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)