INGIN KUKATAKAN:
Kalau bukan kerana-Mu ya Allah
Masakan aku berada di laluan ini
Hidup berada di antara
Pergiliran nikmat dan ujian
Nikmat untuk melatih rasa syukur
Ujian untuk melatih rasa sabar
Jadilah wanita utama
Dengan memiliki sifat-sifat
Sabar, redha dan syukur
Gembira ada batasnya
Duka juga ada batasnya
Tetapi kegembiraan di akhirat adalah untuk selama-lamanya
Harga syurga itu bukannya segunung emas
Tapi ialah limpahan air mata dari hati yang takutkan Allah
Kalau engkau boleh kata 'ya' pada poligami
Sungguh engkau telah menang terhadap nafsumu
Dan kalau engkau boleh berbaik-baik dengan madumu dan suamimu
Itu ertinya engkau telah mencintai Allah
Dengan sebenar-benar cinta
JANGAN BERSEDIH..HAPPY SELALU..TINGGALKAN KEPEDIHAN DI BELAKANG..
Apa harus direnung-renung apabila orang marahkan kita? Tentu hati asyik bersedih mengingat kata-kata yang terbit dari bibir mereka. Tapi semua itu tidak akan menjadi kudis jika kita matang dalam menerima kritikan,maki,caci atau kutukan sekali pun. Bersabarlah dan redha atas segala yang telah berlaku. Bak kata pepatah, "Biar pahit ku telan jua". Ahak. ye la..cakap memang senangkan? Cuba kena pada diri sendiri. Ha! Baru kau tau...
Ya..betul tu..tapi apalah guna tembak balik? Tak rugikan kita menerima nasihat ala motivasi gitu. Apatah lagi memang ada kebaikkan yang akan kita dapat disamping mematangkan diri sendiri. Bukankah diri sendiri juga yang menjadi bertambah baik. Penyabar, tenang dan semestinya happy...sentiasa. Monologku malam ni sambil menongkat kelopak mataku dengan batang pen. Uhuk! Selamat malam..
Tuesday, 13 March 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment